top of page

Apa itu Kaunseling Kerjaya?

Kaunseling kerjaya adalah tempat di mana individu mengalami masalah perkembangan kerjaya iaitu proses memilih, memasuki, menyesuaikan diri serta memajukan diri dalam pekerjaan .Kaunseling kerjaya adalah satu proses psikologi sepanjang hayat yang berinteraksi secara dinamik dengan peranan lain dalam kehidupan. Masalah kerjaya termasuklah ketidakupayaan membuat pilihan, ketegangan dan penyesuaian, ketidaksesuaian dalam pekerjaan dengan individu dan integrasi diri dengan orang lain seperti ibu bapa dan rakan-rakan 

Kaunseling kerjaya adalah satu bidang kaunseling yang khusus bagi membantu individu yang menghadapi masalah dalam pemilihan kerjaya. Selain itu, kaunseling kerjaya dilihat sebagai satu proses yang mudah dalam membantu individu membuat keputusan yang tepat berkaitan kerjaya yang dipilih oleh mereka. Apa yang penting adalah supaya perkara ini dapat dicapai bagi membantu individu itu mengenali diri sendiri dan mengetahui maklumat lanjutan berkaitan kerjaya pilihan mereka. Jesteru itu, penggunaan ujian dan inventori oleh kaunselor seiring dengan perkembangan ilmu psikologi telah berjaya membantu individu memilih kerjaya yang sesuai dengan ciri-ciri kendiri mereka.

Dalam memilih kerjaya yang tepat, trait-trait diri individu perlu dikenal pasti dan turut mengkaji kerjaya yang sesuai dengan trait-trait itu. Analisis pekerjaan yang dijalankan memerlukan pendekatan saintifik yang dibangunkan khusus bagi mengkaji pekerjaan yang dipilih secara tepat. Model analisis pekerjaan ini adalah satu model baru yang diubahsuai daripada model yang diperkenalkan oleh Frank Parsons. Dengan adanya model itu, maka ujian ketepatan dalam memilih kerja yang sesuai dapat dijalankan berdasarkan trait-trait diri individu itu.

sjw.png

Konsep Bimbingan Kerjaya

Kerjaya adalah sebagai satu perjalanan atau kemajuan seseorang dalam sesuatu lapangan kehidupan yg dijadikan bidang profesion atau pekerjaan pilihan sebagai satu cara untuk mencari nafkah. (Kamus Dewan Bahasa 1996)

Merupakan proses mendididk yg melibatkan maklumat-maklumat diberikan kpd pelajar dlm usaha utk membantu pelajar bergerak maju secara progresif ke arah matlamat yg dicitacitakan (Myrick ,1997)

Satu siri keadaan yg berlaku secara berturutan dalam kehidupan seseorang yg berkaitan dengan pemilihan kerjaya ,peranan yg dimainkan serta status seseorang itu sepanjang kehidupannya.

Konsep Bimbingan Kerjaya Islam

Satu tugas dan fitrah semula jadi manusia dijadikan sebagai khalifah di dunia ini. Allah S.W.T. sendiri menyuruh manusia beribadat kepadaNya dgn tekun dan berusaha mencari rezeki yg halal. Sesungguh berjayalah orang yang berusaha membersihkan jiwanya dan memajukan dirinya.

​

- Golongan usahawan dan pekerja diberi penghormatan yg tinggi oleh islam.

 

- Golongan pekerja yang miskin lebih berhak dan layak mendapat bantuan zakat

 

- Kerja yang dipilih halal dan mendatangkan rezeki yang bersih

Adakah penting adanya Bimbingan Kerjaya ini???

bottom of page